Wednesday, October 21, 2009

Sekadar ingin d Hormati~

Assalamualaikum WRTH..

Hmm aku x tahu mcm mane nak mula, hanya ingin berbicara tentang hati dan perasaan. Di dalam dunia ini pada seseorang y d beri kepercayaan untuk mengetuai sesuatu kumpulan bukanlah keagungan dan pujian dari manusia sekeliling tetapi cukuplah sekadar untuk d hormati dan saling menghormati. Kenapa perlu memijak dan dan mengambil kesempatan d atas kelemahan orang lain. Kenapa tidak ditegur supaya dapat memperbaiki kesilapan itu? dan Kenapa tidak membantu supaya matlamat kumpulan dapat d jayakan bersama. Bukankah kita di dalam satu komuniti y sama, bergerak menuju ke 1 arah supaya masing2 memperolehi kejayan bersama.

Tetapi kerana kurangnya sifat saling hormat menghormati, itulah puncanya akan perpecahan di dalam kumpulan. Mungkin kerana rakan2 baik y d kenali menyebabkan tiada atau hilang sifat hormat pada ketua, dan mungkin juga kerana ketua tersebut terlalu berlembut pada anak2 buahnya? cuba d renungkan sejenak. Jika ketua y tegas, anak2 buahnya akan memberontak kerana arahan ketuanya menyusahkan mereka. Seterusnya bermasam muka hingga menjejaskan persahabatan. Dan Jika berlembut, tanpa segan silu anak2 buahnya memijak ketua itu. Atau mungkin terlalu mementingkan persahabatan ketua tersebut hanya mengikuti apa kemahuan anak2 buahnya hingga terjadi perkara y memalukan diri. Tidakkah ada insan y malu dengan perbuatan mereka itu? Tidakkah mereka malu membiarkan orang lain membantu sahabat / ketuanya itu untuk menjayakan matlamat mereka? sedangkan dia bersenang lenang menyaksikan gelagat ketua atau rakannya terkontang kanting bekerja keras. Malahan di pertikaikan perbutan ketuanya kerana menyusahkan mereka. Apalah gunanya sahabat jika tidak menolong sahabatnya sendiri. Tiada y lain y di inginkan oleh ketuanya itu melainkan sokongan dari sahabat / anak buah sendiri. Tetapi hanya pandangan sinis dan cacian y d perolehi.

Tidak tahu mana ingin d sorokkan muka, seolah-olah ingin lari dari tempat itu untuk sembunyikan wajah y benar2 terpalit arang akibat dari tindakan diri dan orang lain. Apakah dia kuat untuk menayangkan wajahnya pada orang sekeliling y sudah menganggap " ketua y terlalu berlembut" / "the person who has no LEADERSHIP".

Oh TUHAN adakah dia akn bertahan dengan sedikit kekuatan untuk memekakkan telinga dan membutakan mata hanya membiarkan orang berbicara tentang itu?

Hanya mampu berdoa untuk membersihkan nama.~

Sunday, October 11, 2009

K.E.M.B.A.L.I

Assalamualaikum Wrth...

humm rase nye dah terlalu lama aku berdiam diri tanpa memberikan Post2 baru. Maafkan lah pada rakan2 y setia membaca post2 dr ku. bukan lah niat d hati untuk mendiam diri tetapi kerana keadaan diri sendiri y amat2 malas tuk menghantar post baru.. mehhehe.. puncanya dari kesibukkan diri dengan kerja y d berikan oleh lecturer sehinggakan tiada masa tuk aku berfikir bg mengarang dengan lebih banyak di sini.. huhuhu...

dan sekarang d kampus UniKl terlalu menggilakan satu website sosial komuniti y sebenarnya sudah lama popular tp baru la popular d kalangan kami (rakan2 sebaya),,, termasuklah aku,,, huuuu.
hinggakan aku terleka dan lalai tuk "mengupdate" blog ini.. insyallah akan tiba akan aku sediakan dengan post2 y terbaru ye.. sekian tuk ketika ini..

sekian
salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...