Thursday, January 13, 2011

Opening for 2011

(gambar di atas sekadar Riak)

Assalamualaikum... buat pertama kalinya aku menulis entry buat tahun 2o11 dengan senyuman dan masih blurr d fikiran kerana tidak tahu nak mencarut apa. Otak beku pasal dah lama bercuti. Seperti biasa tahun baru semua orang akan mula menanam azam yang juga baru sedangkan azam tahun-tahun lalu pon masih lagi elok disimpan di dalam sebuah kotak yang masih di balut rapi sambil di hiasi dengan sarang labah-labah. Dan itu juga lah yang berlaku pada aku.

Tahun ini masih blurr dengan azam baru. Mungkin tidak ada tetapi cuma berharap tahun baru ini akan lebih baik dan bermakna dari tahun-tahun lalu. tahun 2o11 adalah tahun akhir pengajian d salah sebuah university swasta terkemuka di Malaysia (nama university di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu) dan harap semuanya berjalan lancar dengan misi "Graduation on Time". (mungkin inilah azam tahun baru aku)

:) (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...