Wednesday, October 21, 2009

Sekadar ingin d Hormati~

Assalamualaikum WRTH..

Hmm aku x tahu mcm mane nak mula, hanya ingin berbicara tentang hati dan perasaan. Di dalam dunia ini pada seseorang y d beri kepercayaan untuk mengetuai sesuatu kumpulan bukanlah keagungan dan pujian dari manusia sekeliling tetapi cukuplah sekadar untuk d hormati dan saling menghormati. Kenapa perlu memijak dan dan mengambil kesempatan d atas kelemahan orang lain. Kenapa tidak ditegur supaya dapat memperbaiki kesilapan itu? dan Kenapa tidak membantu supaya matlamat kumpulan dapat d jayakan bersama. Bukankah kita di dalam satu komuniti y sama, bergerak menuju ke 1 arah supaya masing2 memperolehi kejayan bersama.

Tetapi kerana kurangnya sifat saling hormat menghormati, itulah puncanya akan perpecahan di dalam kumpulan. Mungkin kerana rakan2 baik y d kenali menyebabkan tiada atau hilang sifat hormat pada ketua, dan mungkin juga kerana ketua tersebut terlalu berlembut pada anak2 buahnya? cuba d renungkan sejenak. Jika ketua y tegas, anak2 buahnya akan memberontak kerana arahan ketuanya menyusahkan mereka. Seterusnya bermasam muka hingga menjejaskan persahabatan. Dan Jika berlembut, tanpa segan silu anak2 buahnya memijak ketua itu. Atau mungkin terlalu mementingkan persahabatan ketua tersebut hanya mengikuti apa kemahuan anak2 buahnya hingga terjadi perkara y memalukan diri. Tidakkah ada insan y malu dengan perbuatan mereka itu? Tidakkah mereka malu membiarkan orang lain membantu sahabat / ketuanya itu untuk menjayakan matlamat mereka? sedangkan dia bersenang lenang menyaksikan gelagat ketua atau rakannya terkontang kanting bekerja keras. Malahan di pertikaikan perbutan ketuanya kerana menyusahkan mereka. Apalah gunanya sahabat jika tidak menolong sahabatnya sendiri. Tiada y lain y di inginkan oleh ketuanya itu melainkan sokongan dari sahabat / anak buah sendiri. Tetapi hanya pandangan sinis dan cacian y d perolehi.

Tidak tahu mana ingin d sorokkan muka, seolah-olah ingin lari dari tempat itu untuk sembunyikan wajah y benar2 terpalit arang akibat dari tindakan diri dan orang lain. Apakah dia kuat untuk menayangkan wajahnya pada orang sekeliling y sudah menganggap " ketua y terlalu berlembut" / "the person who has no LEADERSHIP".

Oh TUHAN adakah dia akn bertahan dengan sedikit kekuatan untuk memekakkan telinga dan membutakan mata hanya membiarkan orang berbicara tentang itu?

Hanya mampu berdoa untuk membersihkan nama.~

9 comments:

countess_anne said...

untuk ketua itu,
Aku tahu kemampuan kamu, aku fahami kebolehan kamu, cuma mungkin hari ini cuma lah satu ujian y tertulis bt kamu, untuk kamu tingkatkan lg diri kamu.
untuk ketua itu,
mungkin hari ini, ia menyedarkan kamu, bhw ada segelintir manusia di dalam dunia ini, yang kamu perlu tegas tapi tidak terlalu kasar malah berhemah semasa menguruskan mereka.
untuk ketua itu,
jangan kamu putus asa, jangan kamu lemah semangat, kerana aku yakin akan kebolehan kamu, aku tahu kamu mampu untuk bangun dan berdiri semula menunjukkan kewibawaan kamu.
untuk ketua itu,
aku disini akan selalu berdoa agar diberi kekuatan dalam hatinya, diberi ketenangan dalam jiwa dan bersih semula maruahnya yang tercalar.
untuk ketua itu,
walau apa y mereka kata, walau riuh mereka berbicara mempertikaikanmu, aku yakin padamu, dan aku akan senantiasa disini, disisimu sebagai seorg sahabat dan mempertahankan kamu. kerana kamu sahabat aku...

epullani said...

measehh chenad.. aku hargai itu.. tengs a lot ye..
kaulah sahabat aku :)

Farah Zafirah said...

biasalah sesama manusia....
terguris skit kecoh sekampung but we need respect others before the others respect your self.....hurmm same with my prob today...

safa nadia sabian.. said...

bykkan bersaba ek...adatla tu..hee lame tak hapdate ek

epullani said...

farah - pasal aku hormat orang lah orang pijak aku..

safa - hehe saba la neh.. hu uh lame sgt x update..

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum epul

kdg2 kita buat salah..tk buat salah

apepon org nk kata...yg pentg kita tau kita da buat pkr yg betul..

samada org nk hormat kita atau tk..tu pilihan dia..

thanks ats entry ini bro

epullani said...

yusuf - itulah. semua nye atas nama persahabatan. sampai kita sanggup merana. tp Alhamdulilah d beri kekuatan utk menghadainya.. insyallah

measehh ye.. heheh

ThE cOpy suSU said...

bersabarlah sesungguhnya menjadi KETUA dlm sesebuah organisasi itu adalah satu tanggungjawab yg besar...

saudara patut bersyukur kerana rakan2 telah mberi kepercayaan kpd saudara utk mengetuai dn memimpin mereka...

segala dugaan yg dtg dlm menguruskn sesebuah kmpuln itu harus saudara hadapi dgn tenang..mungkin hari ini saudara diduga dgn mcm2 maslah..nmun esok akan jd hari yg terbaik utk saudara..keran stiap yg terjadi sudah ditentukn dan ada hikmat disebaliknya...

berdoalah dan terus berdoa..agar rakan2 n ank2 buah dibawah jagaan saudara dapt mmberikan komitment yg lebih baik selepas ini..insyaallah...

kebenaran pasti akn dtg..biar lewat mana sekali pun..PASTI DATANG...

epullani said...

terima kasih the copy susu :)
amat2 hargai kata2 mu itu.. akan ku jadikan pengalaman dan kekuatan d masa delan kelak. insyallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...