Friday, February 19, 2010

Nyaris~

Hurmm ape la nak jadi ngan aku neh.. kadang-kadang keliru dengan perasaan dri sendiri. Hampir jauh terpesong dari prinsip dan akiadah. Bunyi mcm Jahat kan.. hahaha. Berakhir sudah apa y telah berlaku y kiranya jika aku teruskan jua pasti aku akan jatuh ke lembah y sentiasa d hina Tuhan.

Nasib baik dengan keimanan senips kulit bawang ini mampu membawa aku kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya Tuhan masih menyanyangi hambanya y bernama Mohd Saifullani b. Mustaza ini. Semoga aku sentiasa d sinari dengan cahaya untuk menggembara melalui jalan y telus kepadaNya. Susungguhnya banyak dugaan dan halangan d sepanjangan perjalanan ini, semoga aku d kuatkan untuk menempuhinya. Insyallah... Thank God~

Ngok~

Sememangnya manusia merupakan makhluk y d kurniakan akal fikiran y sempurna dariNya, tetapi aku sangsi dengan kenyataan itu, kerana manusia selalunya bertindak sebelum berfikir dari ingin menyedari apa y berlaku sebenarnya.

Memarihi, memaki hamun adalah perkara biasa y akan d lakukan oleh manusia y merasakan dirinya berada d pihak y benar, tanpa ingin mengetahui kebenaran d sebaliknya. Sesungguhnya syaitan akan senantiasa mempengaruhi manusia seperti ini, dan serta merta menjadikan manusia itu bodoh apabila d tahap marah y tertinggi dan ini akan menjadikan orang lain sebagai mangsa. Ada y sanggup memutuskan persahabatan, aku pon x pasti kenapa die berkelakuan bagitu. Adakah kerana malu dengan kebodohan diri sendiri y bertindak melulu mengikit perasaan tanpa mengetahui kebenarannya. Sedangkan dia boleh bertanya secera sopan apa y berlaku sebenarnya. Dari orang tidak tahu apa2 terus jadi tahu dan kecoh.. semoga dia akan berubah dan menjadi orang y penyabar dan tidak bertindak melulu dengan menuduh orang lain. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan diri orang itu dan dia sendiri.. dan ucapan “aku pon x rugi kalau x berkawan ngan kau!!!”

Friday, February 5, 2010

salam

assalamualaikum

lame gile x update blog
ahahha
tah la tataw nape sjak kebelakangan neh malas je nak mengarang.. nak kate bizi mmg bizi..
dan bila x bizi plak malas.. hahahah

Friday, January 15, 2010

sekian lama

Assalamualaikum wrth :>

seterlah sekian la ax update blog.. (busy + bosan + xde idea + entah)
uhuhu mcm blurr je..

tapi tahun 2010 nh mmg membawa perubahan pada diri ini..
seolah2 tidak seperti dahulu lagi. aku pon dilema sama ada perubahan itu kepada kebaikan atau keburukkan. Semoga Allah memberikan aku sinar dan petunjuk tuk beroleh keberkatan. Apa2 pon semoga tahun 2010 membawa seribu makna pada diri ini, sentiasa menyayangi dan d sayangi, jujur pada diri sendiri dan paling2 penting study bagi dapat dekan.. baru la mak suka hati. ngeee... Insyallah.

Monday, December 14, 2009

Kebesaran Orang Melayu

Assalamualaikum Wrth...
lame sgt da aku x update blog kan.. eheheh busy la walaupon sekarang ngah cuti sem, tp ade la buat keje sikit2 tuk menjana pendapatan nak support yuran next sem nanti..

bekerja tuh mmg penat ye la kan pegi pagi balik malam.. ye la nak mencari duti lebey.. tp tuh la.. keje da ok tp tercabar pulak dengan sikap segelintir manusia y bergelar Melayu.. almaklumlah dah naik pangkat, bagus la mcm tuh.. tp y aku heran sgt bile da besar pangkat tuh kenapa dada pon perlu besar sekali. mandabik dan memandang orang bawahan seperti makhluk yang senantiasa menyusahkan dia. pantang melihat orang lain xde keje laju je die menyuruh buat kerja lain y x sepatutnya tuk orang tuh.. sampaikan nak duduk pon kene curi2.. dan y aku heran kalo die xde keje mengula je ka opis besar jamban tuh. men hp la, men game la, tp kalo suku sakat die buat mcm tuh x pe plak. tegur pon boleh senyum2. siang td mbe aku kene tegur dengan die cz men hp, ok mmg salah die la men hp ka selling floor tp ape salahnye tegur elok2. kenapa perlu menjatuhkan air muka orang lain d khalayak ramai. tidakkah dia fikir perasaa mbe aku tuh.. cube la kalo die y kene.. mcm2 kami kene buat tuk depatment owang lain.. tp owang y keje ka depatment tuh elek je mengula.. ikot ati nak je aku cepuk sekoq2.. menyusahkan orang lain.. pasal koang la kami x dapat balik ontime.. kalo lewat ckit datang maki baik punya... doang mcm x penah hormat owang.. kenapa perlu nak maki2 sedang kan bile die memaki pekerje, dan pekerja itu akan rase down sgt, bile da down keje pon mcm hampeh, bile keje mcm hampehh servis pon hampehh ha pas tuh company nye target pon down la.. tp mintak profit tingi2.. langsung x professional komunikasi ngan owang.. tah la.. agak nye mmg mcm tuh kot owang melayu neh.. xbole berjawatan tinggi ckit.. sume nak kembang kepala.. aku taw bukanlah sume y mcm tuh.. tp tuh la y kebanyakkan aku jmpe mcm tuh la.. sampai aku lagi selesa bermajikankan bangsa lain dr bangsa sendiri.. tah la.. bile la nak brubah sifat manusia y buruk nh kan..

Allahualamm...

Saturday, November 7, 2009

Exam ke?

Assalamualaikum WRTH...

Masuk minggu ni dah mgu ke2 kami d' UniKL exam.. tapii...!!

Aku nh.. mcm xde ape2 je.. boleh dok relek, main game, online Facebook, Myspace, ym n dok update blog lagi.. entah la.. kadang2 rase malas sangat2 nak mengulangkaji. xtahu lah kenapa. nak keluar rumah jenjalan malas cz nanti takot x sempat nek study.. tapi bile ka umah haram nak bukak note.. chanatekk perangaii..

Sem ini terasa sangat2 y aku banya main2 dr study.. nak merungut je keje. sampai bile..?
bile nak sedar dr kealpaan ini? adoii..

God plz bless me. I can't cheat to my mother that im really study in here. How if my pointer falling down from the old sem..? I will die in here (x_X!)


Dilema~

Assalamualaikum wrth...

Hati dan perasaan pada seseorang bukan lah sesuatu yang enteng, kerana ia akan datang dan berlalu begitu sahaja, tanpa memikirkan hal diri badan tersebut. Ia menjadikan seseorang itu gembira, sedih, murung, tersenyum, dan kadang-kadang dilema dengan perasaan yang datang itu. sampaikan kita sukar tuk membuat keputusan yang terbaik demi masa depan dan kebahagiaan demi nafsu semata-mata. Akui bahawa ini adalah ujian dari y Maha Esa. Bukan ah tuk mempertikaikan rahmat dan pemberiannya, tetapi amat sukar tuk seseorang yang amat nipis imannya.

Sesungguhnya perasaan adalah sesuatu yang unik di ciptakan Illahi demi mencorakkan kehidupan hambanya. Nafsu dan perasaan seiring bersama itulah ujian yang amat berat dari Nya, dan walaupun kita mengetahui bahawa perasaan pada insan sebenar ada d hadapan tetapi nasfu akan selalu menguasai akal tuk memilih yang bukan sepatutnya untuk kita. Kenapa itu yang perlu kita kejarkan? Hanya kebahgiaan di dunia semata-mata?

Adakah ianya akan seharusnya begitu? sentiasa menyalahkan perasaan dan nafsu yang bergolak di dada? Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Hanya mampu berdoa memohon petunjuk dan ke jalan y benar-benar d redhai Nya. Insyallah...
Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...